9:52 PG

~Jika Saidatina Khadijah Di Sisi~

Dicatat oleh ibnukamal93


Prolog:
Mencintai rasul dengan setulus hatinya, menjadi tempat untuk disandarkan kedukaan tika rasul menerima tentangan bangsa dan keluarganya sendiri, mengorbankan jiwa dan hartanya demi cinta pada agamaNya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dialah Saidatina Khadijah…srikandi islam yang teramat istimewa... 
Mungkin bahasa saya tak kan mampu menggambarkan betapa istimewanya kedudukan insan agung ini di sisi kekasihNya…jom hayati seketika


 

 [petikan Ar-Raheeq Al-Makhtum]
((Sesungguhnya Khadijah adalah ni'mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah saw, beliau bersama-sama Rasulullah saw untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah saw ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah saw menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya:

والله لقد آمنت بي إذ كفر بي الناس، وآوتني إذ رفضني الناس، وصدقتني إذ كذبني
الناس ورزقت مني الولد إذ حرمتموه مني
“Beliau beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia mendustai daku, berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku, dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan anak dari yang lain.”

Al-Bukhari di dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya: Jibril (a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah saw itu dia Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di dalamnya hidangan atau makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri, tiada bising dan gangguan di dalamnya.))

Jika wanita hari ini berlumba-lumba mencontohi kemithalian ibu masing-masing, maka kenapa tidak dicontohi keperibadian agung “ibu sekalian orang mu’min” ini?

Hasil garapan rasul dalam madrasah keluarganya berjaya membentuk seorang wanita lebih daripada sekadar seorang isteri yang solehah tetapi juga menjadi seorang pendokong dakwah…semuanya kerana cinta…
Cinta pada hidayah islam, agar sinarnya terus terpancar ke seluruh pelusuk alam
Menjadi rahmat bukan hanya pada seluruh manusia..tetapi setiap makhluk
Sehingga cinta menjustifikasikan pengorban...

Bila cinta dikhianati:

Lazimnya manusia buta menilai cinta…
Keluar seketika daripada dimensi cinta remaja, beralih kepada subjek yang lebih kritikal ke”buta”an mereka …Syiah~!!
Zalim dalam meletakkan perasaan cinta telah menjadikan mereka buta dalam mencintai “ahlul bait”
Mencintai dengan cara yang tidak pernah direlakan oleh Saidina Ali radhiallahu anhu sendiri..
Jika isunya adalah cinta hakiki…maka golongan ahli sunnah lebih berhak kerana cinta itu telah ditunaikan haknya…tidak kurang juga tidak melampau…itulah timbangan adil

Setelah cinta itu disalah tafsir, maka yang tinggal hanya pengkhianatan terhadapnya
Bagaimana ingin dibina mahligai bahagia atas tapak cinta yang penuh sangsi pengkhianatan…erk~

Bersabarlah duhai hati:

Jika anda punya kemahiran melukis, cuba anda lukiskan pelangi yang tak bercahaya namun berseri tu lalu bandingkan dengan pelangi petang kau kan pasti pergi jua…eh, ter”sudirman” pulak~
Adakah pelangi yang dilukis seindah pelangi sebenar ?
Adakah keindahan itu berjaya ditafsirkan dengan benar melalui lukisan itu?

Ok, katakana anda memang pelukis yang hyper ohsem dalam lukisan dan lukisan anda mampu memukau jutaan mata yang melihatnya, lukiskan wajah ibu anda dan renungkan adakah lukisan itu mampu memberikan kepuasan, kebahagiaan, kasih sayang setanding dengan apa yang ibu anda berikan?

Tolong bersikap lebih serius, memang tak lah kan! Nama pun lukiskan….

Cool down bro, luruskan semula misai yang baru melenting tu…

Warna-warni kehidupan, cinta itu sendiri telah pun dilukiskan oleh yang “Maha Indah” dalam setiap kehidupan hambaNya…telah pun Dia aturkan kisah hidup yang terindah untuk kita sejak azali lagi…kerana itu ajal, jodoh dan yang sewaktunya bukan dalam tangan manusia
Percayalah bahawa suatu hari Dia akan bentangkan keindahan itu jika tepat pada waktunya
Saya tak berniat menafikan usaha anda mencari cinta sejati (kononnya lah kan)kerana anda juga punya hak melukis kisah cinta anda sendiri…

Namun jika salah caranya, anda sendiri telah memilih untuk mengkhianatinya…walaupun bukanlah seteruk pengkhianatan syiah dalam mencintai “ahlul bayt”, namun terbinakah bahagia atas pengkhianatan walau sekelumit cuma?
Yang tinggal mungkin hanya lukisan pelangi yang disangkakan indah namun pada hakikatnya, ia hanya sehelai kertas….diterbangkan lalu reput bersama impian
 
Remaja hari ini mungkin sukar dipisahkan dengan permasalahan cinta, tribulasi yang wujud telah berjaya menghanyutkan kebanyakan remaja dalam fantasi cinta mereka, tarikan jahiliyah telah mengeruhkan kemurniaan naluri cinta. Kerana itu saya terdetik menulis tentangnya, walaupun kurang berminat untuk membincangkannya kerana kata orang apa yang kita lafazkan hari ini akan diuji kemudian hari…menguji adakah hanya mampu bercakap gebang, namun amalnya berciciran hilang (moga dijauhkan)
Doakan iman yang senipis kulit bawang in terus dipeliharaNya
Gulp~

Oleh itu, bersabarlah duhai hati dalam menanti lukisan yang pasti…jangan berhenti percaya pada janjiNya- wanita yang baik untuk lelaki yang baik jua (An-Nur:26)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Epilog:
Alangkah indah kiranya pemudi Islam hari ini yang komited beragama mengulangi sejarah Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama mereka?
Alangkah indah jika mereka mampu memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi dan bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita hari ini?
Adakah sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan Ummu
Sulaim di kalangan mereka pada hari ini?
Kata Dr Mustafa Sibaie:
Sekali-kali tidak. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama mereka.

Namun, siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada
zaman kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau segala bagai ketaksuban barat dan kebencian musuh islam…kita perlukan heroin haybat di sisi superhero islam!
Jika Saidatina Khadijah di sisi~



*tribute untuk kakak yang bakal melangkah ke mahligai bahagianya beberapa hari lagi

p/s: exam fever…achooo~



1:05 PTG

Nukilan Hijrah

Dicatat oleh ibnukamal93


Tahun 1433 Hijrah baru meninggalkan, melabuhkan tirai lalu memberi sapaan hormat pada tahun 1434 Hijrah yang baru  menjengah tiba. Bagaimanakah anda menyambut “happy new year” seluruh ummat islam di segenap penjuru dunia itu? 
Perarakan kehormat penuh kesopanan…fuh
Letupan bunga api penuh keriangan…
Meletakkan status-status unggul anda di “wajhul kitab” (baca muka buku) atau mungkin juga pencicit..
Menonton maharaja lawak mega sambil menyembur kulit kuaci akibat ketawa yang maha melampau
Atau anda masih blur ape yang berlaku?? 

Saya tidaklah ingin membahaskan apekah sambutan awal muharram yang sepatutnya berlaku. Bahkan saya yakin pada kemampuan anda untuk menerokainya berdasarkan nas-nas yang tsabit. Doa awal dan akhir tahun? Uppss, sila rujuk pada mereka yang lebih faqih. Cuma prinsipnya jangan mudah menghukum atau fikir secara “simple”.. mengkelaskan golongan agamawan yang menolak sesetengah amalan dengan jolokan negatif seperti wahabi tanpa melihat pada dalil-dalil yang dibawanya saya kira satu langkah yang tidak adil..
Ummat islam Malaysia perlu lebih terbuka…jika syariat sendiri punyai unsur  keanjalannya, maka kenapa tidak mengelastikkan fikiran anda?


Jordan menyaksikan tirai 1434 ini dibuka dengan beberapa tragedi kecil. Pembakaran stesen minyak akibat kenaikan harga minyak petrol yang melambung, sehingga membawa kepada demonstrasi besar –besaran.
Senario Palestin sedikit berbeza, mereka sekali lagi menyaksikan pembedilan oleh zionis yahudi dalam misi “cloud pillar” mereka untuk melumpuhkan sayap kanan HAMAS iaitu gerakan Al-Qassam. Jika kejayaan itu diukur pada kematian komando gerakan tersebut Ahmed Said Khalil al-Jabari, maka mungkin boleh dikatakan misi mereka itu benar-benar berjaya. Namun bagi kaca mata ummat islam, kematian Ahmad Said pastinya merupakan satu kejayaan yang maha haybat baginya dalam segala bentuk perjuangan dunia. Kematian pada jalan ribath. Syahid itu satu kurniaan

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تبديلا

  Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya), 




Zionis yahudi akan terus berhadapan dengan barisan para mujahideen yang berjiwa super saiya selagi mana mereka memilih untuk memerangi golongan yang telah dijanjikan rasul itu

وأخرجه مسلم من حديث ثوبان، رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ".

Bagaimana pula al-kisahnya pemuda di Malaysia? Sudah mengertikah kita hikmahnya Saidana Umar membuka lembaran kalendar islam itu. Kalendar hijrah itu bukan fungsinya sekadar menentukan tarikh semata-mata. Bahkan, Hijrah dijadikan sebagai tanda aras kepada bermulanya fasa keagungan islam di mata dunia. Menundukkan Parsi dan Rom tanpa gentar. “Advance” dari sudut keilmuan sehingga menggiurkan ilmuan barat untuk menyarungkan jubah sebagai simbolik kepada ilmu. Jika anda pelik melihat gangnam style begitu mudah merasuk pemuda dan pemudi hari ini (hinggakan di Jordan sendiri iklan makanan ringan diiringi oleh lagu yang entah ape-ape tu! Aduhai~) Maka ketahuilah jubah yang dipakai oleh para graduan pada hari konvokesyen di serata dunia hari ini adalah hasil rasukan “kegemilangan ilmu” yang dipelopori oleh ulama’-ulama’ islam.
Ke mana hilangnya gemilang itu? Sudahkah lapuk ditelan zaman??

Kembali memandang ke Bumi Jordan. Apa yang berlaku? Demonstrasi besar-besaran? Adakah haruman revolusi sudah mula terhidu? Mungkin….

Pecutan marathon itu dimulakan dengan larian penuh kencang, kemudian baton bertukar-tukar tangan. Kini baton sudah berada di tangan pelari akhir yang telah jauh meninggalkan peserta lain. Namun dek kepenatan dan kabur pada garis penamat, peserta itu rebah tersungkur ke bumi lalu menguburkan segala harapan dan impian untuk merangkul trofi kejuaraan …apekah? Kenape tiba-tiba nak bersukan pulak ni??

Anekdot yang saya bawakan itu serba sedikit menggambarkan situasi yang berlaku. Kebangkitan rakyat bermula dengan tragedi pembakaran stesen minyak, lalu membawa kepada tragedi-tragedi lain hinggalah pada kemuncaknya berlaku demonstrasi besar-besaran. Namun penamatnya sepi tanpa sebarang perubahan.

Saya hanyalah sekadar seorang pelajar tahun satu yang masih mentah untuk memberi kritikan sosial terhadap masyarakat Jordan, malah saya masih bertatih dalam mengerti. Namun menerusi slot sembang-sembang dengan seorang kenalan sahabat saya yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Mu’tah. Dia berkata, kurangnya pembudayaan ilmu di Jordan telah menjadikan masyarakatnya tak melihat dengan jelas apakah matlamat yang ingin dicapai dalam demonstrasi mereka. Manakan tidak, surat khabar sahaja sukar dicari, inikan pula sumber-sumber yang lain. 

Tapi saudara, Mesir pun sama juga mana ada sumber berita yang meluas! Tapi siap revolusi segala bagai!! Ya, saya akui kenyataan anda! Tapi harus diingat juga Mesir sekian lama subur dengan majlis ilmu secara bertalaqqi. Di situlah bermulanya kesedaran dan kefahaman dalam matlamat perjuangan mereka. Senario yang agak berbeza dengan Jordan yang masih gersang (baca minoriti tapi tetap ada) dengan majlis-majlis sedemikian. Maka jadilah demonstrasi mereka sebagai perjuangan yang sementara dek kerana tidak ditunjangi oleh kefahaman.

Maka bacalah kita bukan sahaja daripada tulisan tetapi juga membaca segala tindakan. Pencak silat lawan mampu ditumbangkan jika bijak membaca serangan. Ilmu itu sumber perubahan! Wallahua’lam…

P/S: video sekitar demonstrasi di Amman


12:57 PTG

Coretan Bumi Syam

Dicatat oleh ibnukamal93

Selamat datang dan terima kasih sudi menjengah seketika ke medan baru ini. Blog lama secara rasminya ditutup dengan kehadiran entri ini. Dengan rendah diri saya mengalu-alukan sebarang kritikan pembaca.Entri ini juga tak bersifat ilmiah, hanya sekadar berkongsi

Sedar atau tidak, setiap hari yang kita lalui pasti memberikan sesuatu erti dan coretan warna baru dalam kehidupan kita. Saya tunduk tawaddhuk kiranya anda menolak kenyataan saya ini mentah-mentah. Malaysia kan Negara demokrasi!

Setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya saya menggagahkan diri meringankan tulang tangan yang tak seberat mana ni untuk menaip. Sebagai entri pertama di Bumi Syam ini, saya sangat tertarik untuk berkongsi seerah perjuangan junjungan agung yang mulia ar-Rasul S.A.W. Sebelum mula membaca diharapkan anda jangan cuba membayangkan saya seperti wajah guru sejarah sewaktu tingkatan 5 anda ye..ape pun guru sejarah sekolah saya best ok!

 Betulkan kaca mata anda dengan penuh bergaya, tarik nafas dalam-dalam, silahkan membaca dengan mata hati anda..

 Tahun dukacita…pernahkah kita cuba selami dengan benar apakah tahap kedukacitaan kekasih agung ar-Rasul pada tika itu? Soalan saya tak perlu jawapan anda yang penuh sangsi itu, saya yakin jawapannya tidak. Bahkan saya sendiri masih belajar untuk mengerti. Sedikit revisi (baca revision) tentang tahun dukacita, tahun kematian isteri baginda ar-Rasul, Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Tholib.. kehilangan dua insan ini cukup memberi tamparan hebat kepada baginda sekaligus menjadi kerugian yang besar pada islam.

Khadijah merupakan insan istimewa, istimewanya tiada dua, nantikan entri seterusnya “Jika Saidatina Khadijah di sisi” insyaAllah saya akan huraikan sekadar termampu. (chewah sempat lagi promote!) so?

 Kaum musyrikin ketika itu mengambil kesempatan ini untuk menyakiti baginda. Kemudian baginda menuju ke Taif dengan harapan risalah islam ini bakal diterima oleh Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang suci. Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi baginda. Setelah kematian orang yang sangat anda sayangi, anda pastinya menantikan sokongan dari sahabat-sahabat dan kenalan. Namun sebaliknya yang diterima adalah kesakitan demi kesakitan. Lantas anda memilih untuk berhijrah, dan di sana anda disambut dengan penuh hormat oleh kerikil-kerikil yang menyerang bagai angry bird! Sudah jatuh ditimpa escalator!! Pastinya tika itu kesabaran kita memuncak. Namun apa yang ar-Rasul lakukan? Dijulang tangannya bukan untuk membalas serangan. Bahkan dihadiahkannya dengan doa yang penuh pembuktian cinta:

 اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرض وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك  

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis3 atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.” 

Pastinya nabi berhak mendoakan kecelakaan pada mereka. Bahkan jika didoakan agar dibalikkan bumi ibarat kaum nabi Lut pastinya Allah mampu melakukan sekelip mata. Maka akan wujudlah laut mati kedua di tanah Saudi hari ini.eh… Namun hikmahnya tindakan baginda, membalas kebencian dengan cinta, membalas segala amarah dengan sabar. Adakah apa yang kita terima hari ini lebih dahsyat daripada baginda sebagai justifikasi segala kemarahan menggila? Marah itu dari syaitan…bertaqwalah wahai diri ini dan saudara-saudaraku.

Segala pengorbanan baginda nyata tidak sia-sia. Tahukah anda? (soalan ala-ala trivia) setelah kewafatan baginda ramai daripada kalangan umat islam yang murtad. Namun yang terselamat adalah penduduk islam di Mekah, Madinah dan TAIF. Ya Taif! Anak-anak kecil yang dahulunya melemparkan nabi dengan kerikil-kerikil tajam hingga mengalirkan darah baginda yang suci ke bumi menjadi pembela agama ini setelah wafatnya. Penentang jadi pemebela! Kuncinya sabar, kesabaran baginda mengubah segalanya.

 Terkenang peristiwa sahabat-sahabat di Amman ini. Awal-awal masuk rumah baru je dah kena baling batu dengan budak-budak arab. Hari berganti hari, sekarang bukan sahaja boleh bersembang bahkan dihadiahkan mansaf (makanan tradisi Jordan) untuk dinikmati. Alhamdulillah, itulah hikmahnya sabar

Sungguh bumi anbiya’ ini menyeru kita ke sini agar kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Pilihan di tangan kita untuk menerimanya sebagai sesuatu yang mematangkan atau sekadar peristiwa yang tak menyenangkan. Wallahualam

8:44 PTG

Pertahankan Ghazzah

Dicatat oleh insyirah

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha. Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.


Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Allahummansur ikhwanana fi ghazzah
(Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di ghazzah)

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah & 2009 Masihi
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

8:06 PG

Istimewanya lelaki dan wanita...

Dicatat oleh ibnukamal93

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanyaperlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunungdengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. M anakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. wallahu a'lam..