8:44 PTG

Pertahankan Ghazzah

Dicatat oleh insyirah

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha. Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.


Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Allahummansur ikhwanana fi ghazzah
(Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di ghazzah)

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah & 2009 Masihi
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

0 ulasan: