Prolog:
Mencintai rasul dengan setulus
hatinya, menjadi tempat untuk disandarkan kedukaan tika rasul menerima
tentangan bangsa dan keluarganya sendiri, mengorbankan jiwa dan hartanya demi
cinta pada agamaNya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dialah Saidatina Khadijah…srikandi
islam yang teramat istimewa...
Mungkin bahasa saya tak kan mampu
menggambarkan betapa istimewanya kedudukan insan agung ini di sisi
kekasihNya…jom hayati seketika
[petikan Ar-Raheeq Al-Makhtum]
((Sesungguhnya Khadijah adalah ni'mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah saw, beliau bersama-sama Rasulullah saw untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah saw ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah saw menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya:
والله لقد آمنت بي إذ كفر بي الناس، وآوتني إذ رفضني الناس، وصدقتني إذ كذبني
الناس ورزقت مني الولد إذ حرمتموه مني
“Beliau beriman denganku ketika
manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia mendustai daku,
berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku, dan
Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan anak dari yang
lain.”
Al-Bukhari
di dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya: Jibril
(a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah
saw itu dia Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di
dalamnya hidangan atau makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu,
sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira
di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah di dalam syurga, diperbuat dari
permata baiduri, tiada bising dan gangguan di dalamnya.))
Jika wanita hari ini berlumba-lumba
mencontohi kemithalian ibu masing-masing, maka kenapa tidak dicontohi
keperibadian agung “ibu sekalian orang mu’min” ini?
Hasil garapan rasul dalam madrasah
keluarganya berjaya membentuk seorang wanita lebih daripada sekadar seorang
isteri yang solehah tetapi juga menjadi seorang pendokong dakwah…semuanya
kerana cinta…
Cinta pada hidayah islam, agar
sinarnya terus terpancar ke seluruh pelusuk alam
Menjadi rahmat bukan hanya pada seluruh
manusia..tetapi setiap makhluk
Sehingga cinta menjustifikasikan
pengorban...
Bila cinta dikhianati:
Lazimnya manusia buta menilai cinta…
Keluar seketika daripada dimensi
cinta remaja, beralih kepada subjek yang lebih kritikal ke”buta”an mereka …Syiah~!!
Zalim dalam meletakkan perasaan
cinta telah menjadikan mereka buta dalam mencintai “ahlul bait”
Mencintai dengan cara yang tidak
pernah direlakan oleh Saidina Ali radhiallahu anhu sendiri..
Jika isunya adalah cinta hakiki…maka
golongan ahli sunnah lebih berhak kerana cinta itu telah ditunaikan
haknya…tidak kurang juga tidak melampau…itulah timbangan adil
Setelah cinta itu disalah tafsir,
maka yang tinggal hanya pengkhianatan terhadapnya
Bagaimana ingin dibina mahligai
bahagia atas tapak cinta yang penuh sangsi pengkhianatan…erk~
Bersabarlah duhai
hati:
Jika anda punya
kemahiran melukis, cuba anda lukiskan pelangi yang tak bercahaya namun berseri
tu lalu bandingkan dengan pelangi petang kau kan pasti pergi jua…eh, ter”sudirman”
pulak~
Adakah pelangi yang
dilukis seindah pelangi sebenar ?
Adakah keindahan itu
berjaya ditafsirkan dengan benar melalui lukisan itu?
Ok, katakana anda
memang pelukis yang hyper ohsem dalam lukisan dan lukisan anda mampu memukau
jutaan mata yang melihatnya, lukiskan wajah ibu anda dan renungkan adakah
lukisan itu mampu memberikan kepuasan, kebahagiaan, kasih sayang setanding
dengan apa yang ibu anda berikan?
Tolong bersikap lebih serius, memang tak lah kan! Nama pun
lukiskan….
Cool down bro, luruskan semula misai yang baru melenting tu…
Warna-warni kehidupan, cinta itu sendiri telah pun
dilukiskan oleh yang “Maha Indah” dalam setiap kehidupan hambaNya…telah pun Dia
aturkan kisah hidup yang terindah untuk kita sejak azali lagi…kerana itu ajal,
jodoh dan yang sewaktunya bukan dalam tangan manusia
Percayalah bahawa suatu hari Dia akan bentangkan keindahan
itu jika tepat pada waktunya
Saya tak berniat menafikan usaha anda mencari cinta sejati (kononnya
lah kan)kerana anda juga punya hak melukis kisah cinta anda sendiri…
Namun jika salah caranya, anda sendiri telah memilih untuk
mengkhianatinya…walaupun bukanlah seteruk pengkhianatan syiah dalam mencintai “ahlul
bayt”, namun terbinakah bahagia atas pengkhianatan walau sekelumit cuma?
Yang tinggal mungkin hanya lukisan pelangi yang disangkakan
indah namun pada hakikatnya, ia hanya sehelai kertas….diterbangkan lalu reput
bersama impian
Remaja hari ini mungkin sukar
dipisahkan dengan permasalahan cinta, tribulasi yang wujud telah berjaya
menghanyutkan kebanyakan remaja dalam fantasi cinta mereka, tarikan jahiliyah
telah mengeruhkan kemurniaan naluri cinta. Kerana itu saya terdetik menulis
tentangnya, walaupun kurang berminat untuk membincangkannya kerana kata orang
apa yang kita lafazkan hari ini akan diuji kemudian hari…menguji adakah hanya mampu
bercakap gebang, namun amalnya berciciran hilang (moga dijauhkan)
Doakan iman yang senipis kulit
bawang in terus dipeliharaNya
Gulp~
Oleh itu, bersabarlah duhai hati
dalam menanti lukisan yang pasti…jangan berhenti percaya pada janjiNya- wanita
yang baik untuk lelaki yang baik jua (An-Nur:26)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Epilog:
Alangkah
indah kiranya pemudi Islam hari ini yang komited beragama mengulangi sejarah
Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama mereka?
Alangkah
indah jika mereka mampu memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi
dan bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita hari ini?
Adakah
sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan
Ummu
Sulaim
di kalangan mereka pada hari ini?
Kata
Dr Mustafa Sibaie:
Sekali-kali
tidak. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup
untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama mereka.
Namun,
siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada
zaman
kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau segala bagai
ketaksuban barat dan kebencian musuh islam…kita perlukan heroin haybat di sisi
superhero islam!
Jika Saidatina
Khadijah di sisi~
*tribute untuk kakak
yang bakal melangkah ke mahligai bahagianya beberapa hari lagi
p/s: exam
fever…achooo~