9:52 PG

~Jika Saidatina Khadijah Di Sisi~

Dicatat oleh ibnukamal93


Prolog:
Mencintai rasul dengan setulus hatinya, menjadi tempat untuk disandarkan kedukaan tika rasul menerima tentangan bangsa dan keluarganya sendiri, mengorbankan jiwa dan hartanya demi cinta pada agamaNya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dialah Saidatina Khadijah…srikandi islam yang teramat istimewa... 
Mungkin bahasa saya tak kan mampu menggambarkan betapa istimewanya kedudukan insan agung ini di sisi kekasihNya…jom hayati seketika


 

 [petikan Ar-Raheeq Al-Makhtum]
((Sesungguhnya Khadijah adalah ni'mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah saw, beliau bersama-sama Rasulullah saw untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah saw ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah saw menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya:

والله لقد آمنت بي إذ كفر بي الناس، وآوتني إذ رفضني الناس، وصدقتني إذ كذبني
الناس ورزقت مني الولد إذ حرمتموه مني
“Beliau beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia mendustai daku, berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku, dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan anak dari yang lain.”

Al-Bukhari di dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya: Jibril (a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah saw itu dia Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di dalamnya hidangan atau makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri, tiada bising dan gangguan di dalamnya.))

Jika wanita hari ini berlumba-lumba mencontohi kemithalian ibu masing-masing, maka kenapa tidak dicontohi keperibadian agung “ibu sekalian orang mu’min” ini?

Hasil garapan rasul dalam madrasah keluarganya berjaya membentuk seorang wanita lebih daripada sekadar seorang isteri yang solehah tetapi juga menjadi seorang pendokong dakwah…semuanya kerana cinta…
Cinta pada hidayah islam, agar sinarnya terus terpancar ke seluruh pelusuk alam
Menjadi rahmat bukan hanya pada seluruh manusia..tetapi setiap makhluk
Sehingga cinta menjustifikasikan pengorban...

Bila cinta dikhianati:

Lazimnya manusia buta menilai cinta…
Keluar seketika daripada dimensi cinta remaja, beralih kepada subjek yang lebih kritikal ke”buta”an mereka …Syiah~!!
Zalim dalam meletakkan perasaan cinta telah menjadikan mereka buta dalam mencintai “ahlul bait”
Mencintai dengan cara yang tidak pernah direlakan oleh Saidina Ali radhiallahu anhu sendiri..
Jika isunya adalah cinta hakiki…maka golongan ahli sunnah lebih berhak kerana cinta itu telah ditunaikan haknya…tidak kurang juga tidak melampau…itulah timbangan adil

Setelah cinta itu disalah tafsir, maka yang tinggal hanya pengkhianatan terhadapnya
Bagaimana ingin dibina mahligai bahagia atas tapak cinta yang penuh sangsi pengkhianatan…erk~

Bersabarlah duhai hati:

Jika anda punya kemahiran melukis, cuba anda lukiskan pelangi yang tak bercahaya namun berseri tu lalu bandingkan dengan pelangi petang kau kan pasti pergi jua…eh, ter”sudirman” pulak~
Adakah pelangi yang dilukis seindah pelangi sebenar ?
Adakah keindahan itu berjaya ditafsirkan dengan benar melalui lukisan itu?

Ok, katakana anda memang pelukis yang hyper ohsem dalam lukisan dan lukisan anda mampu memukau jutaan mata yang melihatnya, lukiskan wajah ibu anda dan renungkan adakah lukisan itu mampu memberikan kepuasan, kebahagiaan, kasih sayang setanding dengan apa yang ibu anda berikan?

Tolong bersikap lebih serius, memang tak lah kan! Nama pun lukiskan….

Cool down bro, luruskan semula misai yang baru melenting tu…

Warna-warni kehidupan, cinta itu sendiri telah pun dilukiskan oleh yang “Maha Indah” dalam setiap kehidupan hambaNya…telah pun Dia aturkan kisah hidup yang terindah untuk kita sejak azali lagi…kerana itu ajal, jodoh dan yang sewaktunya bukan dalam tangan manusia
Percayalah bahawa suatu hari Dia akan bentangkan keindahan itu jika tepat pada waktunya
Saya tak berniat menafikan usaha anda mencari cinta sejati (kononnya lah kan)kerana anda juga punya hak melukis kisah cinta anda sendiri…

Namun jika salah caranya, anda sendiri telah memilih untuk mengkhianatinya…walaupun bukanlah seteruk pengkhianatan syiah dalam mencintai “ahlul bayt”, namun terbinakah bahagia atas pengkhianatan walau sekelumit cuma?
Yang tinggal mungkin hanya lukisan pelangi yang disangkakan indah namun pada hakikatnya, ia hanya sehelai kertas….diterbangkan lalu reput bersama impian
 
Remaja hari ini mungkin sukar dipisahkan dengan permasalahan cinta, tribulasi yang wujud telah berjaya menghanyutkan kebanyakan remaja dalam fantasi cinta mereka, tarikan jahiliyah telah mengeruhkan kemurniaan naluri cinta. Kerana itu saya terdetik menulis tentangnya, walaupun kurang berminat untuk membincangkannya kerana kata orang apa yang kita lafazkan hari ini akan diuji kemudian hari…menguji adakah hanya mampu bercakap gebang, namun amalnya berciciran hilang (moga dijauhkan)
Doakan iman yang senipis kulit bawang in terus dipeliharaNya
Gulp~

Oleh itu, bersabarlah duhai hati dalam menanti lukisan yang pasti…jangan berhenti percaya pada janjiNya- wanita yang baik untuk lelaki yang baik jua (An-Nur:26)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Epilog:
Alangkah indah kiranya pemudi Islam hari ini yang komited beragama mengulangi sejarah Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama mereka?
Alangkah indah jika mereka mampu memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi dan bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita hari ini?
Adakah sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan Ummu
Sulaim di kalangan mereka pada hari ini?
Kata Dr Mustafa Sibaie:
Sekali-kali tidak. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama mereka.

Namun, siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada
zaman kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau segala bagai ketaksuban barat dan kebencian musuh islam…kita perlukan heroin haybat di sisi superhero islam!
Jika Saidatina Khadijah di sisi~



*tribute untuk kakak yang bakal melangkah ke mahligai bahagianya beberapa hari lagi

p/s: exam fever…achooo~