1:05 PTG

Nukilan Hijrah

Dicatat oleh ibnukamal93


Tahun 1433 Hijrah baru meninggalkan, melabuhkan tirai lalu memberi sapaan hormat pada tahun 1434 Hijrah yang baru  menjengah tiba. Bagaimanakah anda menyambut “happy new year” seluruh ummat islam di segenap penjuru dunia itu? 
Perarakan kehormat penuh kesopanan…fuh
Letupan bunga api penuh keriangan…
Meletakkan status-status unggul anda di “wajhul kitab” (baca muka buku) atau mungkin juga pencicit..
Menonton maharaja lawak mega sambil menyembur kulit kuaci akibat ketawa yang maha melampau
Atau anda masih blur ape yang berlaku?? 

Saya tidaklah ingin membahaskan apekah sambutan awal muharram yang sepatutnya berlaku. Bahkan saya yakin pada kemampuan anda untuk menerokainya berdasarkan nas-nas yang tsabit. Doa awal dan akhir tahun? Uppss, sila rujuk pada mereka yang lebih faqih. Cuma prinsipnya jangan mudah menghukum atau fikir secara “simple”.. mengkelaskan golongan agamawan yang menolak sesetengah amalan dengan jolokan negatif seperti wahabi tanpa melihat pada dalil-dalil yang dibawanya saya kira satu langkah yang tidak adil..
Ummat islam Malaysia perlu lebih terbuka…jika syariat sendiri punyai unsur  keanjalannya, maka kenapa tidak mengelastikkan fikiran anda?


Jordan menyaksikan tirai 1434 ini dibuka dengan beberapa tragedi kecil. Pembakaran stesen minyak akibat kenaikan harga minyak petrol yang melambung, sehingga membawa kepada demonstrasi besar –besaran.
Senario Palestin sedikit berbeza, mereka sekali lagi menyaksikan pembedilan oleh zionis yahudi dalam misi “cloud pillar” mereka untuk melumpuhkan sayap kanan HAMAS iaitu gerakan Al-Qassam. Jika kejayaan itu diukur pada kematian komando gerakan tersebut Ahmed Said Khalil al-Jabari, maka mungkin boleh dikatakan misi mereka itu benar-benar berjaya. Namun bagi kaca mata ummat islam, kematian Ahmad Said pastinya merupakan satu kejayaan yang maha haybat baginya dalam segala bentuk perjuangan dunia. Kematian pada jalan ribath. Syahid itu satu kurniaan

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تبديلا

  Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya), 




Zionis yahudi akan terus berhadapan dengan barisan para mujahideen yang berjiwa super saiya selagi mana mereka memilih untuk memerangi golongan yang telah dijanjikan rasul itu

وأخرجه مسلم من حديث ثوبان، رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ".

Bagaimana pula al-kisahnya pemuda di Malaysia? Sudah mengertikah kita hikmahnya Saidana Umar membuka lembaran kalendar islam itu. Kalendar hijrah itu bukan fungsinya sekadar menentukan tarikh semata-mata. Bahkan, Hijrah dijadikan sebagai tanda aras kepada bermulanya fasa keagungan islam di mata dunia. Menundukkan Parsi dan Rom tanpa gentar. “Advance” dari sudut keilmuan sehingga menggiurkan ilmuan barat untuk menyarungkan jubah sebagai simbolik kepada ilmu. Jika anda pelik melihat gangnam style begitu mudah merasuk pemuda dan pemudi hari ini (hinggakan di Jordan sendiri iklan makanan ringan diiringi oleh lagu yang entah ape-ape tu! Aduhai~) Maka ketahuilah jubah yang dipakai oleh para graduan pada hari konvokesyen di serata dunia hari ini adalah hasil rasukan “kegemilangan ilmu” yang dipelopori oleh ulama’-ulama’ islam.
Ke mana hilangnya gemilang itu? Sudahkah lapuk ditelan zaman??

Kembali memandang ke Bumi Jordan. Apa yang berlaku? Demonstrasi besar-besaran? Adakah haruman revolusi sudah mula terhidu? Mungkin….

Pecutan marathon itu dimulakan dengan larian penuh kencang, kemudian baton bertukar-tukar tangan. Kini baton sudah berada di tangan pelari akhir yang telah jauh meninggalkan peserta lain. Namun dek kepenatan dan kabur pada garis penamat, peserta itu rebah tersungkur ke bumi lalu menguburkan segala harapan dan impian untuk merangkul trofi kejuaraan …apekah? Kenape tiba-tiba nak bersukan pulak ni??

Anekdot yang saya bawakan itu serba sedikit menggambarkan situasi yang berlaku. Kebangkitan rakyat bermula dengan tragedi pembakaran stesen minyak, lalu membawa kepada tragedi-tragedi lain hinggalah pada kemuncaknya berlaku demonstrasi besar-besaran. Namun penamatnya sepi tanpa sebarang perubahan.

Saya hanyalah sekadar seorang pelajar tahun satu yang masih mentah untuk memberi kritikan sosial terhadap masyarakat Jordan, malah saya masih bertatih dalam mengerti. Namun menerusi slot sembang-sembang dengan seorang kenalan sahabat saya yang merupakan pelajar tahun akhir Universiti Mu’tah. Dia berkata, kurangnya pembudayaan ilmu di Jordan telah menjadikan masyarakatnya tak melihat dengan jelas apakah matlamat yang ingin dicapai dalam demonstrasi mereka. Manakan tidak, surat khabar sahaja sukar dicari, inikan pula sumber-sumber yang lain. 

Tapi saudara, Mesir pun sama juga mana ada sumber berita yang meluas! Tapi siap revolusi segala bagai!! Ya, saya akui kenyataan anda! Tapi harus diingat juga Mesir sekian lama subur dengan majlis ilmu secara bertalaqqi. Di situlah bermulanya kesedaran dan kefahaman dalam matlamat perjuangan mereka. Senario yang agak berbeza dengan Jordan yang masih gersang (baca minoriti tapi tetap ada) dengan majlis-majlis sedemikian. Maka jadilah demonstrasi mereka sebagai perjuangan yang sementara dek kerana tidak ditunjangi oleh kefahaman.

Maka bacalah kita bukan sahaja daripada tulisan tetapi juga membaca segala tindakan. Pencak silat lawan mampu ditumbangkan jika bijak membaca serangan. Ilmu itu sumber perubahan! Wallahua’lam…

P/S: video sekitar demonstrasi di Amman


0 ulasan: